SOALAN LAZIM
Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan yang kerap ditanya oleh ramai orang tentang ansuran ZeroStart.
Kalau anda tertanya-tanya macam mana ZeroStart berfungsi, barang apa yang boleh didapatkan, atau macam mana nak mula, halaman ini dapat bantu.
KATEGORI SOALAN
Soalan Umum
Apa itu ansuran ZeroStart?
Ansuran ZeroStart ialah pilihan ansuran daripada MobileAsia yang bantu orang ramai dapatkan barangan yang mereka nak dengan cara yang lebih mudah diurus, terutamanya bila timing dan bajet tak ngam – tiada deposit (duit muka), tiada yuran pemprosesan, tiada yuran perjanjian, tiada stem duti, dan tiada bayaran bulan pertama.
Barangan apa yang boleh saya dapatkan melalui ansuran ZeroStart?
Anda boleh jumpa pelbagai jenis barangan teknologi dan elektronik melalui ansuran ZeroStart, termasuk smartphone, gaming smartphone, tablet, PC dan laptop, gaming PC dan gaming laptop, gaming console, drone, action camera, smart TV, barangan audio, barangan elektronik, dan gajet.
Kenapa Ansuran ZeroStart wujud?
Ansuran ZeroStart wujud sebab menunggu memang boleh rasa sangat frus bila payday masih jauh lagi, lebih-lebih lagi bila barang itu memang diperlukan segera. Ia membantu anda mendapatkan apa yang dikehendaki dengan cara yang tak stress dan lebih mudah diurus.
Proses Permohonan
Apakah syarat asas yang saya perlu penuhi sebelum memohon?
Pastikan anda memenuhi syarat asas ini dahulu:
✅️ Pemegang IC Malaysia sahaja
✅️ Bekerja swasta atau kerajaan (gov) dengan payslip
✅️ Tak ada blacklist
✅️ Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Perlu ke saya datang ke kedai atau pejabat untuk memohon?
Tak perlu. Proses permohonan boleh dibuat secara online. Anda tak perlu datang ke kedai atau pejabat semata-mata untuk memohon.
Macam mana saya nak pohon?
Anda boleh mula dengan semak kelayakan anda atau hubungi kami melalui saluran rasmi komunikasi kami.
Adakah prosesnya susah?
Tak. Proses ini direka supaya jadi simpel dan mudah diurus. Tujuannya ialah untuk jadikan semuanya lebih jelas dan lebih senang, bukan lebih rumit. Cuma beberapa langkah sahaja – semak kelayakan, pohon, tunggu kelulusan, bawak barang balik.
Apa jadi selepas saya memohon?
Selepas memohon, kami akan membimbing anda langkah–langkah seterusnya melalui saluran komunikasi rasmi kami.
Bila saya perlu datang secara fizikal?
Masa utama anda perlu datang secara fizikal ialah bila sudah sampai masa untuk ambil barang anda dan bawa balik.
Produk dan Kategori
Adakah ansuran ZeroStart hanya untuk smartphone sahaja?
Tak. Ansuran ZeroStart bukan untuk smartphone sahaja. Ia juga boleh untuk laptop, gaming console, drone, audio, barangan elektronik, gajet, dan banyak lagi.
Boleh saya pilih barang atau jenama tertentu?
Tentu boleh. Kalau anda memang dah ada barang atau jenama tertentu yang anda nak, anda boleh hubungi kami melalui saluran rasmi untuk tanya lebih lanjut.
Semua barang, stoknya sentiasa tersedia?
Ketersediaan barang boleh berubah ikut stok dan tawaran semasa.
Pengambilan Barangan & Kontek
Macam mana saya boleh hubungi MobileAsia?
Anda boleh hubungi MobileAsia melalui maklumat hubungan rasmi yang disediakan di website. Klik sini.
Di mana saya boleh ambil barang saya?
Tempat pengambilan barang tersedia di Sibu, Miri, Bintulu, Kuching, Kota Kinabalu, Labuan, dan Kuala Lumpur.
Macam mana kalau saya berada di luar kawasan tersebut?
Kalau anda berada di luar kawasan yang disenaraikan, penghantaran boleh diatur.
Adakah ansuran ZeroStart meliputi seluruh Malaysia?
Ya. Ansuran ZeroStart meliputi Malaysia sahaja.
Di mana lokasi MobileAsia?
Anda boleh rujuk bahagian Kenali MobileAsia di website untuk lihat maklumat rasmi lokasi kedai atau pejabat MobileAsia. Klik sini.
Kalau saya masih ada soalan, apa saya perlu buat?
Kalau anda masih ada soalan, boleh hubungi kami melalui saluran rasmi dan tanya terus. Klik sini.
Kepercayaan dan Kesahihan
Adakah ansuran ZeroStart ini sah dan boleh dipercayai?
Ansuran ZeroStart berkait dengan bisnes yang sah, iaitu MobileAsia, dan juga berkerjasama rapat dengan syarikat penyedia kewangan yang dikenali. Ia ditawarkan melalui saluran komunikasi rasmi bisnes dan maklumat perniagaan yang jelas.
Adakah MobileAsia bisnes yang sah?
Ya. MobileAsia ialah bisnes yang sah dengan maklumat rasmi dan saluran komunikasi rasmi. Klik sini.
Macam mana saya boleh semak MobileAsia?
Anda boleh semak MobileAsia melalui maklumat perniagaan rasmi, lokasi, dan butiran hubungan yang dipaparkan di website. Klik sini.
Kenapa orang percaya pada ansuran ZeroStart?
Orang percaya pada ansuran ZeroStart sebab ia dijalankan oleh bisnes yang sah, berkerjasama rapat dengan syarikat penyedia kewangan yang dikenali, dan proses yang lebih jelas, praktikal, dan simpel.
BERSIAP SEDIA UNTUK AMBIL LANGKAH PERTAMA?
Sekarang anda dah baca soalan-soalan yang biasa ditanya, langkah seterusnya pun mudah. Semak kelayakan anda atau hubungi kami melalui saluran rasmi.
