KENALI MOBILEASIA

Bisnes yang benar dan boleh dipercayai. Cara yang lebih mudah dan cepat untuk mendapatkan barangan impian anda.

MobileAsia adalah bisnes di sebalik Ansuran ZeroStart.

Halaman ini diwujudkan supaya anda boleh kenal kami dengan lebih jelas, tahu apa yang kami buat, bagaimana kami beroperasi, dan macam mana nak hubungi kami.

BISNES SAH YANG ANDA BOLEH SEMAK

MobileAsia

Ditubuhkan: Sejak 2013

Nama Bisnes Rasmi: MobileAsia

Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN): SBUSA2013521 

Liputan Perniagaan: Seluruh Malaysia

Nombor Telefon / Wassap: +601110509992

Alamat: No. 1,G/F, Lorong Pedada 20D 96000 Sibu, Sarawak

Messenger: https://m.me/mobileasia8

Emel: hello@mobileasia.my

MobileAsia membantu orang ramai mendapatkan barangan yang mereka nak dengan cara yang lebih mudah diurus, terutamanya bila timing dan bajet memang tak ngam.

Melalui ansuran ZeroStart, MobileAsia membantu orang mendapatkan smartphone, laptop, gaming console, drone, gajet, dan barangan elektronik dengan cara yang lebih praktikal, cepat dan simpel.

KENAPA ANSURAN ZEROSTART WUJUD

Ansuran ZeroStart wujud sebab memang tak adil kalau orang terus kena tanggung kesusahan menunggu bila payday masih jauh lagi, lebih-lebih lagi bila mereka memang perlu beli sesuatu dengan segera.

Kebanyakan masa, masalahnya bukan sebab tak nak beli. Cuma timing. Sebab itu ansuran ZeroStart ada untuk jadikan keadaan itu rasa kurang menyeksakan dan lebih mudah diurus.

Cara Kami Beroperasi

Pelanggan boleh lalui proses permohonan ansuran ZeroStart secara online sepenuhnya tanpa perlu datang ke kedai atau pejabat.

Masa pelanggan perlu datang secara fizikal hanyalah bila sudah sampai masa untuk ambil barang dan bawa balik.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online)

Tak perlu datang kedai atau pejabat untuk proses permohonan

Komunikasi dibuat melalui saluran rasmi bisnes

Pelanggan datang ambil barang bila sudah ready

aeon-credit-service

Ansuran ZeroStart bukanlah benda yang bukan-bukan.

Ia Disokong Oleh Syarikat Penyedia Kewangan Sah

MobileAsia bekerjasama secara rapat dengan penyedia kewanagn yang dikenali iaitu AEON Credit Service, supaya pelanggan lebih yakin dan selamat.

AEON Credit Service (ditubuhkan pada tahun 1996) ialah penyedia kewangan terkemuka di Malaysia, khususnya dalam penyelesaian kredit yang mudah dan senang diakses.

💰 Fakta Ringkas: Sebagai anak syarikat AEON Financial Service (Jepun), mereka merupakan nama yang dipercayai oleh mereka yang mencari pelan ansuran yang fleksibel dan kemudahan kewangan harian.

HUBUNGI KAMI

Ansuran Mudah Sarawak Malaysia